Video berdurasi 11-minit ini memberikan gambaran keseluruhan tentang kelengkapan perlindungan yang tersedia untuk para petugas baris hadapan semasa tindak balas wabak. Ia menerangkan bagaimana kelengkapan itu melindungi manusia, apakah pengehadannya, teknik-teknik cara pemakaian dan penanggalan Peralatan Perlindungan Diri yang betul agar para petugas baris hadapan dapat melindungi diri mereka sewajarnya.


Direka untuk mereka yang berkerjaya memerlukan mereka mendedahkan diri kepada risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti COVID-19, video pembentangan berdurasi selama 3 minit setengah ini memperkenalkan beberapa langkah keselamatan yang petugas baris hadapan dan lain-lain kakitangan penting boleh gunakan sebelum dan selepas syif mereka untuk meminimumkan risiko membawa pulang koronavirus ke kediaman mereka.


Webinar LSU NCBRT/ACE ini memfokuskan kepada Tapak Rawatan Alternatif ketika pandemik. Pembentangan ini merangkumi maklumat tentang cara menubuhkan tapak rawatan alternatif dan bagaimana tapak rawatan alternatif dapat meringankan beban hospital.


Dua video ini akan menyoroti langkah-langkah keselamatan tepat yang perlu diambil semasa menjalankan penyiasatan di tempat kejadian jenayah di mana tempat kejadian dan bahan bukti itu telah dicemari oleh COVID-19. Video yang pertama memberikan gambaran keseluruhan tentang cara yang selamat untuk mengumpulkan dan menyimpan bahan bukti yang telah tercemar, mengekalkan rantaian hak penjagaan, menggunakan bahan bukti yang telah terdedah di dalam mahkamah, mendekontaminasikan bahan bukti, dan perlindungan kepada penganalisis makmal. Video yang kedua mempersembahkan prosedur langkah demi langkah untuk secara selamat mengumpulkan dan membungkus bahan bukti cap jari pendam, rambut dan serat, serologi, kesan tanah, teraan, dan dokumen.


LSU NCBRT/ACE menghasilkan video berdurasi 6-minit, “Garis Panduan CDC untuk Cara Pemakaian dan Menanggalkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE),” yang membimbing penonton langkah demi langkah mengikuti garis panduan yang disediakan oleh CDC untuk cara pemakaian dan menanggalkan gaun, topeng muka/alat pernafasan, pelindung muka, dan sarung tangan.


Dalam webinar ini, LSU NCBRT/ACE memeriksa aspek-aspek COVID-19 yang boleh menyebabkan kegelisahan atau tekanan perasaan kepada komuniti petugas baris hadapan. Video ini turut menawarkan teknik-teknik yang boleh diamalkan oleh para petugas baris hadapan untuk membantu mereka menangani atau mengurangkan kegelisahan itu.


LSU NCBRT/ACE menghasilkan webinar ini yang menampilkan protokol semasa penjarakan sosial untuk Pusat Operasi Kecemasan.


Video beranimasi ini bertindak sebagai peralatan visual untuk menyoroti langkah berjaga-jaga wajar yang harus diambil oleh para pegawai dan petugas baris hadapan ketika melaksanakan operasi sehari-hari mereka semasa pandemik COVID-19. Video tersebut merangkumi ringkasan asas mengenai cara penyebaran COVID-19, cadangan cara untuk berinteraksi dengan orang ramai, dan cara-cara membersihkan peralatan dan pakaian dengan betul.